Senyum Senyum selalu

Senyum Senyum selalu

Thursday 10 September 2015

Apa itu "The Publicist"! Bigdale itu company apa??!


Assalammualaikaum semua, Hari ini saya ingin kongsikan tentang  perkerjaan saya di syarikat Bigdale Sdn Bhd ini. Bila orang tanya "Eh tasha kau kerja apa?" aku pun jawab dengan selamber "The Publicist!". Mula ada yang buat muka pelik ade yang blurr kemaian hahaha.Ok lah aku akan terangkan apa itu Publicist ok.

PUBLICIST adalah orang yang tugasnya adalah untuk menjana dan menguruskan publisiti untuk tokoh masyarakat, selebriti, perniagaan, atau untuk kerja-kerja yang yang memerlukan publisiti seperti produk, servis, filem, buku atau album. Salah satu fungsi utama publicist adalah untuk menjana liputan media bagi pihak pelanggan dan berkhidmat sebagai penghubung  antara pelanggan dan media. Publicist menulis siaran akhbar, menguruskan kempen dan melaksanakan fungsi perhubungan awam lain. Ia biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk membangunkan hubungan media, pengalaman dan hubungan yang perlu untuk menjadi publicist yang berkesan.Publicist akan Beberapa mendapatkan yuran maksimum yang mungkin supaya publiciti tentang produk & service mereka akan mendapat liputan media cetak & elektronik. 

Jadi semua sudah faham apa itu Publicist kan ok good. Ok bagaimana pula dengan Syarikat Bigdale? Bukan saya je yang rakan shabat saya bertanyakan apa pekerjaan saya. Malas bos saya sendiri juga rakanya bertanyakan. "u ni keje Publicist? ..apa tu PUBLICIST???" ..ohhh..macam penat lak nak repeat satu satu... kerja publicist ni senang je..muka kena tebal? kata sorang hamba Allah ni..hrrmm..ye ke? ada lak yang cakap bukan susah pun keje u ni ..boleh call je Editor or reporter untuk keluar story..hrrmmm...kalau lah ada sesenang tu ..maybe yang ingat kerja tu senang sangat..apa kata cuba call salah seorang editor or reporter or producer..esk maybe story you all boleh keluar suratkhabar or tv..so tak perlu ada publicist tuk promote diri or product or service yang u all ada.. selepas di pendekkan info dari wikipedia..kat bawah ni ada sedikit info ye..biasanya di Holywood atau negara negara maju..Publicist sangat diperlukan dan mereka sangat kaya raya juga. Kt Malaysia..ada sorang tu suka sangat dengan kerja dia tu dan suatu hari mungkin dia akan kaya juga..insyaallah..siapa tahu kaan? sekarang pun dah kaya gak..kaya sabar..kaya senyum..hihihihi
PUBLICIST adalah orang yang tugasnya adalah untuk menjana dan menguruskan publisiti untuk tokoh masyarakat, selebriti, perniagaan, atau untuk kerja-kerja yang yang memerlukan publisiti seperti personaliti, syarikat, produk, servis, filem, buku atau album.
Salah satu fungsi utama publicist adalah untuk menjana liputan media bagi pihak pelanggan dan berkhidmat sebagai penghubung antara pelanggan dan media. Publicist menulis siaran akhbar, menguruskan kempen dan melaksanakan fungsi perhubungan awam lain. Ia biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk membangunkan hubungan media, pengalaman dan hubungan yang perlu untuk menjadi publicist yang berkesan.
Jadi lengkp segala info telah saya kongsikan mengenai pekerjaan kami. Dengan ini saya akan cuba untuk melakukan pekerjaan saya dengan mudah dah insyaAllah saya akan berjaya. Siapa tahu tuah kita ada. Amin. Dalam masa akan datang saya akan kongsikan topik-topik yang menari atau info yang berguna untuk kita. Sekian dari saya. 



3 comments:

  1. Nampak tenang aja tmpt keje awak nh ^^

    p/s: pekerjaan awak slalu berdepan dgn orang right? Ape kata awak jual insuran? Sy rase awak ade bakat. FYI, sy tk jual insuran sbb sy tak "bermuka tebal" walau pipi sy tebal dgn lemak :P. Btw, opismate sy dulu jual insuran, sgat sukses lalu resign from keje tetap dan sy juga pelanggan dia. Sy rase awak ade bakat. Cuba lah ye ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tenang rasa syukur...

      Nak menjual insuran ni kene ade bakat petah berkata. Mulut kene manis lebih hahaha. Sepupu keje agen insuran ni. Serba banyak dia berkongsi pengalaman . untuk pendekkan cerita saya kurang keyakinan. Saya berminat untuk ada perniagaan sendiri. Insyaallah nak buka kedai ice blended kecil-kecil dahulu. Jika ada kesempataan mungkin saya akan cube jual insuran Insyaallah \^O^/

      Delete
  2. Kawan sy penah buka kedai ice blended, tp ade maintainance cost machine yg tinggi. So pendek kata, kene ade operating capital yg agak tinggi before awak nak open kedai ice blended. Alaa...sy yakin awak bole buat punye jual insuran tu...sbb keje awak mmg jumpe orang ramai...so bak kata omputih "kill 2 birds with 1 stone" lah. Yg penting carik mentor insuran yg boleh harap tuk byak kali teman awak bercakap dgn client sampai nebes awak tuh hilang ye. Best of luck ^^

    ReplyDelete