Senyum Senyum selalu

Senyum Senyum selalu

Friday 30 October 2015

Kau stress?? Aku lagi stress lah!

Assalammualaikum.. dah lama aku tak update. Maklum la  banyak keje. Hrmm.. ish tak baik mengeluh. haa tu pasai rezeki susah masuk. Ceq nak habak yang cek sekarang sedah dalam keadaan sangat tak tenang memikirkan kerja dan mencari income lebih untuk simpanan future. Ceq selalu susah hati bile dapat gaji ciput. Income? tak masuk (aduhh sedih dia Allah SWT sahaja yang tahu). Aku dok pening-pening sesorang. Padahal nak cari duit lebih senang tapi kita sendiri yang tak gerak camna en? Ok la. Aku ni pon kuat ngeluh,over thinking, selalu bazirkan masa dan sebagainya. Aku bukan apa, masalah dia aku sendiri je boleh selesaikan

. Hrmm aku dah buat kajian untuk menyelesaikan masalah aku.

Pertama sekali 'mengeluh'. Tipu la korang tak penah mengeluh. Aku ni boleh dikatakan hari-hari ngeluh. haih sebab tu hati tu tak tenang. Macam mana rezeki nak masuk mulut tu dok ngeluh je. Buat keje sikit ngeluh. Cuba tukarkan ngeluh tu kepada zikir? Mengucap dua khalimah syaadah ke? Cakap benda yang positif ke? Contoh macam ''you can do it!'' "never give up!'' simple. Kata yang pendek itu tapi dapat memberi aura positif untuk diri kita sendiri.

Kedua, masa. Masa ini yang mainkan peranan yang paling penting dalam kehidupan kita. Untuk dibahagikan masa untuk bekerja, keluarga, agama dan diri sendiri. Sekarang ni ramai lalai untuk membahagikan masa mereka terutama sekali aku sendiri. Sedih bile kite sendiri takda masa untuk diri sendiri. Tapi sedih masa untuk Maha Yang Esa. Ya Allah masa tu hati sedih bile rase diri ini tersasar jauh dari jalanNya. Jadi masa ini kita tekene peka untuk dibahagikan biar stable.

Ketiga pula mind set. Kebanyakkan kita terlalu negative. Baru cuit sikit dah melatah. Dah la melatah pastu pikir bukan-bukan. Haaaa ini pon masalah gak. Bile mind set dah macam ni macam mana nak tenang. Masa tu la mengelabah lebih. hahaha. Benda macam ni pon aku banyak belajar dari ke silapan member or orang sekeliling kita. Masa itulah ambil ikhtibar dari situ. Belajar dan ubah sikap tu insyaAllah segalanya dipermudahkan. Kalau ada masalah tu biasalah. Ujian dari Allah nak tengok kau melatah macam mana. Sedar ke tak sedar tu?? Allah nak kau ingat dia tu jer.

Keempat, solat. Solat adalah tiang agama. Tiang segala-galanya. Jangan pandang remeh. Bile-bile je musibah datang kat korang. Haaa.. Aku pon dah kene. Bile dah terkene baru sebok cari telekung, sejadah, cari Al-Quran.. Masa itulah baru nak "Ya Allah atolonglah aku". Masa susah baru sebok ingat dia, minta tolong dia. Bila senang tak hengat dia. Bagus punya perangaikan.. (Terasa sangat diri ni) Sekarang ni aku cuba untuk dektkan diri aku ke jalanNya.. AMINNNNNNNNNNNNN~

Ok last tips.. Kau selalu benci orang?? Marah orang tu?? Baran? Haaaa ni lagi satu. Sebab tu Allah gelapkan hati kau tu. Haaaa ayok tak tahu. hahaha. ok ok. Aku ni pon baran jugak. Cakap lagi la semua nak menang, nak betul then nak nampak bergaya. (aku tahu aku poyo hahaha). Aku sedar diri since member aku tegur sebab aku ni selalu tak tenang. Hari-hari sakit hati. Hari-hari tu la sebok nak jajah cerita buruk orang yang aku sakit hati tu. Bila kita macam tu weh memang hidup serabot otak la. haih.. Bile aku stop benci orang aku buat tak tahu je. Alhamdulilah kurang serabot otak aku ni. At least tenang la sikit. 24 jam nak berangin pon tak boleh jugakkan? So bawak beternang. Mengucap sikit redho je ok. Macam aku. Hahahaha

So setakat ini jelah termampu aku nak buat. Alhamdulillah.. aku nampak la perubahan positif pada diri sendiri.. InsyaAllah next tips aku akan share serba sedikit. Aku akan cube jugak freekan diri untuk update.

Kepada sesiapa berminat dengan makeup yang murah. Packaging yang kiut kiut boleh visit blog addienadreamstore.blogspot.com atau fb beliau https://www.facebook.com/addienaadiena?fref=ts ok. Banyak benda jugak awek tu jual ok? hehehe. Terima Kasih sudi baca. Assalammualaikum...

1 comment:

  1. Nak tenang - istighfar byak2, solat ontime, & baca al-quran (tp sy sendiri susah nk disiplin, huhu)

    p/s: solat dhuha di pagi hari tanda syukur atas nafas yg diberi & moga dipermudahkan urusan ^^

    ReplyDelete